Tuesday 18 September 2012

Tulisan Cahaya MataHati


Assalamualaikum sahabat…..


Harap sahabat masih sihat dan sentiasa dibawah rahmat & kasih sayang Allah s.w.t
Hampir 6 bulan 10 hari buku latihan ini tidak dibuka olehku..hehe…macamana nak cemerlang kan tak rajin buat latihan….hehehehheh…just kidding~.Kali ini nak ubah la sedikit design blog dengan warna coklat susu sempena tahun ni tema raya penulis dan keluarga pakai warna coklat.... heee~

Berkebetulan hari ini penulis demam dapat MC sehari dapatlah merehatkan otak kejap sambil cari-cari idea nak  rancang PnP (Pembelajaran & pengajaran) untuk budak-budak ni…hehe budak-budak ni cepat boring  lagi-lagi kalau kena subjek bi …aduhai macam cakap dengan tunggul rasanya. Tapi penulis ajar darjah 2 jadi bolehlah bawa sikit-sikit ….Lupa nak bagi tau, Alhamdulillah penulis da keja dah;).. Yang hilang lama tu i pergi keje la You…jangan risau ye…hihi 
               Lama Tak tulis kat sini  dan tak cakap apa-apa bukan bermakna penulis dah lupakan sahabat, tapi hakikat sebenar-benarnya anda semua masih tetap dihati.... Segala ingatan dan kenangan bersama kenangan pahit, manis, lawak ,tawa masih segar dan terpahat dalam ingatan...Penulis  dah jadi pendidik anak bangsa ..dulu x pernah pun serius nak jadi nih..Tapi ni la dinamakan takdir tuhan.Dia mentakdirkan yang terbaik buat kita & lama kelamaan kita sukakan takdir kita ..insyaAllah ;)
                  Okey lah sahabat, teringin nak kongsi satu pepatah yang penulis terjumpa ni, kata-katanya penuh berisi semangat untuk kita terus bangun dan bersemangat menghadapi cabaran masa depan .Cuba hayati kata-kata ini " Janganlah kita letih melakukan kebaikan kerana letih itu akan hilang sedang kebaikan dicatat berterusan, dan Ingat, janganlah kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan''

Apa-apa pun usaha kita , hidup mesti diteruskan!  DOA juga salah satu bentuk usaha kita yang kita pohon padaNya… All the best sahabat! InsyaAllah….. be my sahabat Dunia & Akhirat ya! ;)…hehe…jumpa lagi

Thursday 8 March 2012

Lukisan hati

Assalamualaikum sahabat..hari ni penulis berkesempatan nak cuci-cuci wall kejap, lap2 sawang.Amboi semaknya lalang..heheheh…rindunya kat anda ;p 
          Bual bicara kita kali ni penulis nak tulis mengenai lukisan hati ia ibarat lakaran conteng-conteng hati yang terukir dengan takdir tuhan & hasil usaha sedikit kita sehari-harian dengan izinNya….Begitu halus seni anyamannya..huhu .kan. Kan… (^_^)
             Betulkah? Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibuayah kita. Kalau mereka tak redho huhuhu habisla kita..hoho Betul kan…Kalau ibuayah tak bagi .....mesti ade hikmah kan. hoho
              Sedar tak sedar dah lama juga penulis tak menulis.Perlukah kita berbicara soal takdir...masa lepas? Tapi...............apakan daya setiap takdir  dan masa yang kita telah gunakan kita tak boleh menyesali kembali….huhuhu…Kalau kita buat sesuatu benda kerana nak dapatkan  ILMU Allah yang luas terbentang ni, tidak ada salahnya bukan. Janji kita dapat praktiskan dalam kehidupan kita yang sebenar jika kita tak mampu nak sebarkan ia dalam kerjaya. Tengah menasihatkan diri supaya jangan sedih.  Kata-kata mutiara ada menyebut
 “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang , sehinggalah kita sendiri mengubah nasib kita”…APA YANG MESTI  DIUBAH , YA ALLAH TUNJUKKAN JALANKU…..BERILAHKU SATU ILHAM AGARKU TIDAK SESAT DARI LANDASANMU……………………..


alamak macam seksa je picture ni..huhu
ATAU Adakah kita kena buat macam lagu aizat nie  just “ Pejamkan 
                                                                            matamu untukku
                                                                            Dengarlah dunia       
                                                                            berkata-kata
                                                                            Usah kau ragu di sini 
                                                                             tempatmu


                                                                             Walau   
                                                                            berubah        
                                                                            di     
                                                                            mata 
                                                                            kita tetap indah
                                                                           Selagi kau masih 
                                                                           percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
                                                                               Adakah semua ini yang ku inginkan
                                                                               Ataupun hanya mengejar dunia 

                                                                               semata-mata
                                                                               Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Apa yang Selama ini? selama ini?
Selama ini? selama ini? argghhhhh Tension nyerrrr apa yang selama ini?…Lagu nie ape maksud kata ungkapan akhir lagu nih?apa yang dia nak bagitau selama ini? apa ni?
...(hihi..)tak faham kawan(*_#)?…toing..toing ..

       Untuk akhirnya, teringat akan kata pepatah lama berbunyi.."walau macamana kita bersedih sekalipun.. janganlah kita tunjukkan pada DUNIA yang kita ni tengah sedih sakan..., Jadi penulis suka juga mengaplikasikan “ Senyum dalam Tangisan ” huwaaa huwaa huwaaa….





         Aku juga anak berbudi bahasa walaupun aku p*******, hormat kedua orang tua.. walaupun aku seperti yang sama. Sekarang ini, penulis hanya mampu berikan secebis senyuman yang terukir dari celah-celah gigi-gigi yang rongak ini pada ayah dan bonda & sahabat2 buat masa ni ..terima la..ni pun jadi yer...(T_T)
Esok lusa apa akan terjadi? think..think..think fastly and wisely!!!!!!!!..InsyaAllah yang terbaik, doakan ye kawan2 ..semoga kita sentiasa dibawah rahmatnya... sentiasa.. ameen… sekarang aku tidak punya uwangggg lagi ,ringgit mahupun dinar emas yang boleh aku beri padamu..tapi apa yang penting, apa-apa pun yang kita buat, ia mesti lahir dari hati yang tulus ikhlas…huwaaa huwa huwa… okeyla sahabat , jumpe lagi…. Salam hormat juga dariku- insan biasa.. (^_^)


P/S untuk entri kali ini : Janganlah berdukacita, seperti dunia ini sudah berakhir buatmu.. TETAPI berbuat baiklah seperti kamu akan mati esok… InsyaAllah, semoga penulis juga dapat mengamalkan bersama…amen
Peace no war (^_^)  + SMILE ALWAYS…..Wassalam

Friday 19 August 2011

Coretan Salam Syawal

Assalamualaikum w.b.t sahabat2...


Salam Ramadhan & selamat berpuasa ....moga kita dapat menambahkan amalan kita dari semasa ke semasa. :) Macamana persiapan raya?  Langsir raya da siap ke? hehehehe.....klo belum ade masa lagi ni nk buat....


Untuk persiapan raya tahun ni penulis hanya menyiapkan persiapan ala kadar sahaja...semuanya sederhana.Tahun ni penulis busy... konon2 je.. hehe...) langsir rumah pun x ganti sebab masih baru lagi...Hanya perlu menyiapkan baju raya adik2& baju sendiri saja...hehe....


Sekadar pekongsian sahaja cerita bawah ni.... Sebagai pembantu auditor kadang2 memerlukan kita merayap2... & kerja melawat, menyelongkar premis orang.Keje ni seronok juga..bole masuk dapur di mana tempat orang luar tidak boleh masuk tanpa sebab.Dalam menjalankan keja ni...selalu la bawa orang KKM.Ada tu org KKM tu  muka macam Yusry KRU...alamak rasa macam pergi keje ngan artis la pulak...hehehe...cuma dia yusri versi kelantan :)...hehehehe

Ada satu cerita yang x dapat lupakan..Nak tahu ? ceritanya bermula begini... :)
Macam biasa,apabila tepat pukul 5petang,seperti biasa saya balik keja, disebabkan ingin menjimatkan minyak n mahu memandu dengan kelajuan 60 atau 70km/jam.. ..masa tu saya di lorong no 2 abis lori dipotong kerana tak suka duduk belakang lori,x konsisten ada masa lori laju ada masa lambat la pulak macam siput kelajuannya..hehehehe..entah macamana akibat nak jimatkan penggunaan minyak, tertido la pulak masa memandu...sedar-sedar da kat lorong no3..nasib baik masih dipanjangkan umur keran tidak melanggar ape2...alhamdulillah...NASIHAT PENULIS KEPADA RAKAN PEMBACA: Jangan tiru gaya penulis ni, tido awal lain kali akibat tido lewat & penat, ish3 astaghfirullahal azim....

Akhir kata selamat berpuasa &  selamat meningkatkan mutu amalan kita semua...moga kita semakin rajin & dan bersemangat untuk menghadapi hari2 mendatang... "BERKERJALAH SEPERTI KITA AKAN HIDUP LAMA, & MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAT SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK.." Selamat Menjalani Ibadat Puasa & Selamat Menyambut Syawal , maaf zahir batin sekiranya terkasar bahasa......wassalam. Jumpa lagi dilain sesi :) maassalamah wa ilalliqa'




Saturday 13 August 2011

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t. Sahabat2 pembaca sekalian....
Maaf la lama x updated kerana sibuk menyelesaikan masalah otak yang mesti diselesaikan segera baru-baru ini...Alhamdulillah semua masalah dah beransur reda ...hehe doakan la sahabat2 ye....semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmatnya, beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat ameen.. :)

Pesan pada diri sendiri dan sahabat sekalian.. TABAHLAH & SABARLAH DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP…insyaAllah-ameen-


Kali ini penulis sekadar mahu berkongsi pengalaman manis & seram yang dialami baru-baru ni....hehe..Penulis sekarang sedang praktikal di Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia yang mana majoriti kakitangan
di situ ramai la pulak ustaz-ustaz muda..& dah berkahwin & bertunang dah...(alamak tak de chance la penulis..hihi gurau je...saya) hehe  


Pengalaman Pertama-Malam itu (awal august)adalah hari pertamaku berterawih di Masjid UIA di  sesi ini, walaupun dah abis blaja.. Selalu penulis berterawih di Surau Mahallah kerana dekat…hehe…Tak pe la kan, asalkan bersolat juga, mana-mana boleh pun kan..hehe.. 
Lepas solat pula, tiba-tiba terpijak kaki budak kecik perempuan  ,ish2 nasib baik dia tak nangis,entah dari  mana adik tu muncul tiba-tiba ada kat belakang…hihi……….siasat punya siasat budak comel tu memang suka jalan-jalan…emmm patut la x perasan t’pijak…..tu la pengalaman saya.
Alhamdulillah, Walaupun esok nak balik tinggal kan ipt tercinta…..ni juga kali pertama lepak-lepak di bilik tv kawasan asrama ni…(teruk betul kan) hehehehe…Bukan ape time blaja x sempat ..Busy tu.. konon2 la ..;)

Begitu lah yang terjadi petang itu (30hb Julai) secara officialnya kami telah habis teori belajar di ipt kami. Bermula daripada malam tadi ,masing-masing sibuk mengemas.Aura sunyi mula muncul sikit demi sedikit…Waktu demi waktu, jam demi jam seorang demi seorang sabahat seperjuangan mengangkat kaki  meningggalkan bilik asrama kami. Pelbagai kenangan tercipta bersama..Kenangan itu bermula daripada  sekeras-keras  biji durian  hingga lah selembut span pun ada ..adoiiiii…hehe….


Buat pertama kalinya  ingin saya ceritakan  peristiwa  yang  tak disangka-sangka yang terjadi baru-baru ni …..iaituàselama 3 bulan dibilik…x pernah jatuh katil… 1.30petang-akhirnya  tibe2 jatuh la pulak..  akibat nak betulkan kedudukan di katil almaklumlah semua keja suka di buat diatas katil mula daripada membaca buku sampai tertido, buat assignment sampai  tertido, main laptop sampai tido dan lain2. Meja & katilku Ibarat perabot  serbaguna sifatnya kejap jadi tempat  makan, tempat tido, tempat menung2, tempat main2  & macam-macam.

29 Julai Petang,SERI PENGANTIN- Satu lagi episod dalam hidupku tercipta.yang mana...itu adalah hari ke-3  kami di Resort, Janda Baik, Pahang. Waktu sahabat2 lelaki pergi sembahyang jumaat ,pada waktu itulah masa yang sesuai untukku mencuba pulak mandi di swimming pool  Resort .Teringin nak masuk dalam air.Asalnya, mau je mandi di kolam kanak-kanak je…sebab penulis belum pandai berenang lagi..belum sempat nak belajarnyerrrr…hoho~(setakat main kolam ikan belakang rumah dengan  ketinggian aras paras lutut boleh la…hihi )Tapi kolam kat situ tu kotor la plak..de najis terapung..geli rasanya.Melihat kawanku yang selamba berenang-renang di swimmping pool dewasa, teringin pula nak join sekaki payung….. ;)
Atas nasihat kawan yang mahir , penulis bermain air sambil pegang batu-batu di tepi kolam .Tapi entah macamana kawasan pegangan batu  tersebut licin dan tangan tanganku  terlepas.Sedaya upaya penulis cuba berenang tapi makin tenggelam..Disaat tenggelam tu kelihatan air berkocak didepan mataku, sama seperti drama-drama melayu yang pernah ku tonton –scene yang mempaperkan keadaan  orang lemas.Air kolam tanpa sengaja telah kuhirup…..nafas da tersekat sukar untuk bernafas (aku juga pernah lelah...),ingin minta tolong suara x keluar,mulut terkunci….nak jerit TOLONG! tapi air kolam menjadi penghalang.. Penulis pasrah juga masa tu..jika ditakdirkan apa2 ja takdirnya penulis terima ya Allah…… Dalam  keadaan cemas & cool juga, penulis  berusaha mencari kawan yang sama-sama mandi tadi.  Dalam keadaan kelam kabut,penulis telah menarik tudung sahabat penulis kerana sedaya upaya cuba mencapai apa yang terdaya selagi sempat.. ….TAPI Alhamdulillah, masih selamat,sahabat penulis menarik penulis keluar ..Segera penulis memegang batu yang berhampiran.Menggetetar seluruh tubuh.Tak terkata..Senyum pun tak mampu…IBARAT  TERPINGA-PINGA SANG  KATAK KERANA TERTELAN GIGI PALSUNYA  HEHEHEHEHE….  Nasib Baik ade kawanku yang duduk berjemur ditepi tasik itu. nampak akan kejadian itu.. lalu dia menjeritkan namaku.. terima kasih sahabat! Jasa mu tak akan ku lupa hingga ke akhirnya….insyaAllah..
Atas syukur ke hardat ilahi, Apabila pulang ke bilik ,segera penulis menunaikan sujud syukur.... 

Ini kisah lain pula-->SERI PENGANTIN-Ini hari ke -2 di seri pengantin resort, waktu itu trainer kami memang suka membuat lawak . Sukar untukku menahan gelak…TAPI… entah macamana penulis tersedak dan tiba-tiba  menyukarkan penulis untukku bernafas .Puas disedut udara luar…namun apakan daya…udara x dapat ku hirup untuk dibawa masuk ke  salur pernafasan.Sahabat2  seangkatan denganku masih lagi  terhibur dengan gelagat trainer…tapi penulis lain pula kisahnya…hehe..Pada asalnya rasa segan nak keluar kerana menghormati majlis (konon-konon je), TAPI akibat tak boleh langsung nafas dengan baik..takut nanti terpengsan dalam kelas la pulak...jadi penulis,bersegera keluar kelas kerana batuk yang dirasakan sudah teruk jika dibiarkan berlanjutan mau termuntah disitu. Penulis kuatkan diri…keluar secepat mungkin dalam keadaan pucat..Alhamdulillah..setelah sepuas hati batuk diluar, penulis dapat bernafas semula…Syukran ya Rabb…..   


Mungkin ini ujian /peluang hidup yang di beri Allah Taala kepada penulis untuk menginsafi diri dan menjadi yang lebih baik daripada semalam..insyaAllah .ameen(“,) Moga penulis sendiri dapat menjadikannya ikhtibar di masa hadapan...ameen- Jumpe lagi sahabat2....di lain post.... :) wassalam.

Sunday 26 June 2011

-Artikel terjumpe yg BeST-




Salam malam isnin ;) Jom kita kongsi bersama… sebuah bahan bacaan yang macamana ntah tiba2 muncul depan mata…hehe… Artikel ini di’ quoted daripada iluvislam ciptaan Mohd Rusdi Ramlee di edit oleh ITQAN11 & me sikit2 ;)
 Artikelnya  berbunyi begini………


 Cinta Dalam Diam

Cukuplah mencintainya dalam diam , bila kita belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang..
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ….
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailahnya dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...
Cukup cintainya dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
Cukup cintainya dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?
"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
Cukup cintainya dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena kita tak tahu rencana Tuhan... mungkin saja, ini ujian tuhan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya…. biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)-
Kesimpulan daripada kisah inià…. BesT beTuL la cerita ni…I like it….Terharu….. hehe 

Tuesday 21 June 2011

Senyumlah Duhai HaTi.......

Senyum- Gambar Hiasan ;)
Dalam hidup ini, adakala kita tak sunyi dengan perasaan gembira, sedih,kecewa, sepi,lucu,takut, malu dan sebagainya.Setiap hari yang mendatang,sedar atau tak,sengaja atau tak kita telah melalui pelbagai liku-liku hidup yang mencabar.Tapi semua itu adalah warna-warni kehidupan.Tanpa warna hidup kita tak berseri bukan? Hehehe….
Pernah ke kita tengok monyet atas pokok ketawa terbahak2, tersedu-sedu menangis, tiba-tiba monyok di atas dahan???? Pernahkah anda melihatnya? Saya lepaskan jawapan pada anda untuk sendiri menilainya…
Dipetik daripada blog sahabat, ianya berbunyi begini “Janganlah kamu menyuarakan rasa hati, mempertontonkan kesedihan diri seolah-olah memohon simpati...Senyumlah...Tertawalah...
Jalan keluar dari belenggu yang menjerut Qalbumu hingga menangis itu, masih tersedia di sebalik jari-jemarimu yang bermunajat ke hadrat Tuhan yang Hakiki..Berusahalah.. biar sebesar zarah cuma..Sesungguhnya Dia ada bersamamu...Tiadalah Dia berjauhan denganMu walau seinci...’’
Petikan kata azimat ni, menyedarkan kita….Kita lupa….alamak Camner nak Kontrol muka dari pamerkan riak perasaan sedih??? Teringat kat kawan kelas yang suka senyum setiap masa.Terdetik dihati bagus dia ni, mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw ‘senyum’, kerna senyum tu sedekah.
Jadi motif  dan pengajaran daripada post ni, kita jangan la pamerkan kesusahan hati kita, redhalah dan pohonlah petunjuk dariNya.Ingatlah pepatah “Walau sesusah mana kita ada orang yang lagi susah daripada kita. Moga kita sentiasa mendapat keampunan dan Rahmat dariNya.Ameen Ra Rabbal Alamin…….










SeKiLas PanDAnG..SETeNanG AiR D'LauTaN.... :)

Salam sahabat …. J
Ni satu intro untuk blog saya je….Saje mengisi masa lapang..ye ke? Alamak esok ,ada penceramah yang ditakuti/ digeruni kawan-kawan nak mengajaq..huhu HABISLAHHHHH..hehe..tak pe la kejap,blog punye pasal .Korban sikit masa naaaaaa.haa ha.Sejujur-jujurnya, penulis bukanlah insan yang pandai menulis panjang.Apatah lagi karangan bahasa melayu & bahasa inggeris kat sekolah dulu pun, tak pernah nak panjang…hoho ..penat tangan nak tulis, idea tak keluar2…hehe.ok la sampai disini saja .Jumpe lagi >WASSALAM< =)