Tuesday, 18 September 2012

Tulisan Cahaya MataHati


Assalamualaikum sahabat…..


Harap sahabat masih sihat dan sentiasa dibawah rahmat & kasih sayang Allah s.w.t
Hampir 6 bulan 10 hari buku latihan ini tidak dibuka olehku..hehe…macamana nak cemerlang kan tak rajin buat latihan….hehehehheh…just kidding~.Kali ini nak ubah la sedikit design blog dengan warna coklat susu sempena tahun ni tema raya penulis dan keluarga pakai warna coklat.... heee~

Berkebetulan hari ini penulis demam dapat MC sehari dapatlah merehatkan otak kejap sambil cari-cari idea nak  rancang PnP (Pembelajaran & pengajaran) untuk budak-budak ni…hehe budak-budak ni cepat boring  lagi-lagi kalau kena subjek bi …aduhai macam cakap dengan tunggul rasanya. Tapi penulis ajar darjah 2 jadi bolehlah bawa sikit-sikit ….Lupa nak bagi tau, Alhamdulillah penulis da keja dah;).. Yang hilang lama tu i pergi keje la You…jangan risau ye…hihi 
               Lama Tak tulis kat sini  dan tak cakap apa-apa bukan bermakna penulis dah lupakan sahabat, tapi hakikat sebenar-benarnya anda semua masih tetap dihati.... Segala ingatan dan kenangan bersama kenangan pahit, manis, lawak ,tawa masih segar dan terpahat dalam ingatan...Penulis  dah jadi pendidik anak bangsa ..dulu x pernah pun serius nak jadi nih..Tapi ni la dinamakan takdir tuhan.Dia mentakdirkan yang terbaik buat kita & lama kelamaan kita sukakan takdir kita ..insyaAllah ;)
                  Okey lah sahabat, teringin nak kongsi satu pepatah yang penulis terjumpa ni, kata-katanya penuh berisi semangat untuk kita terus bangun dan bersemangat menghadapi cabaran masa depan .Cuba hayati kata-kata ini " Janganlah kita letih melakukan kebaikan kerana letih itu akan hilang sedang kebaikan dicatat berterusan, dan Ingat, janganlah kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan''

Apa-apa pun usaha kita , hidup mesti diteruskan!  DOA juga salah satu bentuk usaha kita yang kita pohon padaNya… All the best sahabat! InsyaAllah….. be my sahabat Dunia & Akhirat ya! ;)…hehe…jumpa lagi