Friday 19 August 2011

Coretan Salam Syawal

Assalamualaikum w.b.t sahabat2...


Salam Ramadhan & selamat berpuasa ....moga kita dapat menambahkan amalan kita dari semasa ke semasa. :) Macamana persiapan raya?  Langsir raya da siap ke? hehehehe.....klo belum ade masa lagi ni nk buat....


Untuk persiapan raya tahun ni penulis hanya menyiapkan persiapan ala kadar sahaja...semuanya sederhana.Tahun ni penulis busy... konon2 je.. hehe...) langsir rumah pun x ganti sebab masih baru lagi...Hanya perlu menyiapkan baju raya adik2& baju sendiri saja...hehe....


Sekadar pekongsian sahaja cerita bawah ni.... Sebagai pembantu auditor kadang2 memerlukan kita merayap2... & kerja melawat, menyelongkar premis orang.Keje ni seronok juga..bole masuk dapur di mana tempat orang luar tidak boleh masuk tanpa sebab.Dalam menjalankan keja ni...selalu la bawa orang KKM.Ada tu org KKM tu  muka macam Yusry KRU...alamak rasa macam pergi keje ngan artis la pulak...hehehe...cuma dia yusri versi kelantan :)...hehehehe

Ada satu cerita yang x dapat lupakan..Nak tahu ? ceritanya bermula begini... :)
Macam biasa,apabila tepat pukul 5petang,seperti biasa saya balik keja, disebabkan ingin menjimatkan minyak n mahu memandu dengan kelajuan 60 atau 70km/jam.. ..masa tu saya di lorong no 2 abis lori dipotong kerana tak suka duduk belakang lori,x konsisten ada masa lori laju ada masa lambat la pulak macam siput kelajuannya..hehehehe..entah macamana akibat nak jimatkan penggunaan minyak, tertido la pulak masa memandu...sedar-sedar da kat lorong no3..nasib baik masih dipanjangkan umur keran tidak melanggar ape2...alhamdulillah...NASIHAT PENULIS KEPADA RAKAN PEMBACA: Jangan tiru gaya penulis ni, tido awal lain kali akibat tido lewat & penat, ish3 astaghfirullahal azim....

Akhir kata selamat berpuasa &  selamat meningkatkan mutu amalan kita semua...moga kita semakin rajin & dan bersemangat untuk menghadapi hari2 mendatang... "BERKERJALAH SEPERTI KITA AKAN HIDUP LAMA, & MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAT SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK.." Selamat Menjalani Ibadat Puasa & Selamat Menyambut Syawal , maaf zahir batin sekiranya terkasar bahasa......wassalam. Jumpa lagi dilain sesi :) maassalamah wa ilalliqa'




Saturday 13 August 2011

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t. Sahabat2 pembaca sekalian....
Maaf la lama x updated kerana sibuk menyelesaikan masalah otak yang mesti diselesaikan segera baru-baru ini...Alhamdulillah semua masalah dah beransur reda ...hehe doakan la sahabat2 ye....semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmatnya, beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat ameen.. :)

Pesan pada diri sendiri dan sahabat sekalian.. TABAHLAH & SABARLAH DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP…insyaAllah-ameen-


Kali ini penulis sekadar mahu berkongsi pengalaman manis & seram yang dialami baru-baru ni....hehe..Penulis sekarang sedang praktikal di Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia yang mana majoriti kakitangan
di situ ramai la pulak ustaz-ustaz muda..& dah berkahwin & bertunang dah...(alamak tak de chance la penulis..hihi gurau je...saya) hehe  


Pengalaman Pertama-Malam itu (awal august)adalah hari pertamaku berterawih di Masjid UIA di  sesi ini, walaupun dah abis blaja.. Selalu penulis berterawih di Surau Mahallah kerana dekat…hehe…Tak pe la kan, asalkan bersolat juga, mana-mana boleh pun kan..hehe.. 
Lepas solat pula, tiba-tiba terpijak kaki budak kecik perempuan  ,ish2 nasib baik dia tak nangis,entah dari  mana adik tu muncul tiba-tiba ada kat belakang…hihi……….siasat punya siasat budak comel tu memang suka jalan-jalan…emmm patut la x perasan t’pijak…..tu la pengalaman saya.
Alhamdulillah, Walaupun esok nak balik tinggal kan ipt tercinta…..ni juga kali pertama lepak-lepak di bilik tv kawasan asrama ni…(teruk betul kan) hehehehe…Bukan ape time blaja x sempat ..Busy tu.. konon2 la ..;)

Begitu lah yang terjadi petang itu (30hb Julai) secara officialnya kami telah habis teori belajar di ipt kami. Bermula daripada malam tadi ,masing-masing sibuk mengemas.Aura sunyi mula muncul sikit demi sedikit…Waktu demi waktu, jam demi jam seorang demi seorang sabahat seperjuangan mengangkat kaki  meningggalkan bilik asrama kami. Pelbagai kenangan tercipta bersama..Kenangan itu bermula daripada  sekeras-keras  biji durian  hingga lah selembut span pun ada ..adoiiiii…hehe….


Buat pertama kalinya  ingin saya ceritakan  peristiwa  yang  tak disangka-sangka yang terjadi baru-baru ni …..iaituàselama 3 bulan dibilik…x pernah jatuh katil… 1.30petang-akhirnya  tibe2 jatuh la pulak..  akibat nak betulkan kedudukan di katil almaklumlah semua keja suka di buat diatas katil mula daripada membaca buku sampai tertido, buat assignment sampai  tertido, main laptop sampai tido dan lain2. Meja & katilku Ibarat perabot  serbaguna sifatnya kejap jadi tempat  makan, tempat tido, tempat menung2, tempat main2  & macam-macam.

29 Julai Petang,SERI PENGANTIN- Satu lagi episod dalam hidupku tercipta.yang mana...itu adalah hari ke-3  kami di Resort, Janda Baik, Pahang. Waktu sahabat2 lelaki pergi sembahyang jumaat ,pada waktu itulah masa yang sesuai untukku mencuba pulak mandi di swimming pool  Resort .Teringin nak masuk dalam air.Asalnya, mau je mandi di kolam kanak-kanak je…sebab penulis belum pandai berenang lagi..belum sempat nak belajarnyerrrr…hoho~(setakat main kolam ikan belakang rumah dengan  ketinggian aras paras lutut boleh la…hihi )Tapi kolam kat situ tu kotor la plak..de najis terapung..geli rasanya.Melihat kawanku yang selamba berenang-renang di swimmping pool dewasa, teringin pula nak join sekaki payung….. ;)
Atas nasihat kawan yang mahir , penulis bermain air sambil pegang batu-batu di tepi kolam .Tapi entah macamana kawasan pegangan batu  tersebut licin dan tangan tanganku  terlepas.Sedaya upaya penulis cuba berenang tapi makin tenggelam..Disaat tenggelam tu kelihatan air berkocak didepan mataku, sama seperti drama-drama melayu yang pernah ku tonton –scene yang mempaperkan keadaan  orang lemas.Air kolam tanpa sengaja telah kuhirup…..nafas da tersekat sukar untuk bernafas (aku juga pernah lelah...),ingin minta tolong suara x keluar,mulut terkunci….nak jerit TOLONG! tapi air kolam menjadi penghalang.. Penulis pasrah juga masa tu..jika ditakdirkan apa2 ja takdirnya penulis terima ya Allah…… Dalam  keadaan cemas & cool juga, penulis  berusaha mencari kawan yang sama-sama mandi tadi.  Dalam keadaan kelam kabut,penulis telah menarik tudung sahabat penulis kerana sedaya upaya cuba mencapai apa yang terdaya selagi sempat.. ….TAPI Alhamdulillah, masih selamat,sahabat penulis menarik penulis keluar ..Segera penulis memegang batu yang berhampiran.Menggetetar seluruh tubuh.Tak terkata..Senyum pun tak mampu…IBARAT  TERPINGA-PINGA SANG  KATAK KERANA TERTELAN GIGI PALSUNYA  HEHEHEHEHE….  Nasib Baik ade kawanku yang duduk berjemur ditepi tasik itu. nampak akan kejadian itu.. lalu dia menjeritkan namaku.. terima kasih sahabat! Jasa mu tak akan ku lupa hingga ke akhirnya….insyaAllah..
Atas syukur ke hardat ilahi, Apabila pulang ke bilik ,segera penulis menunaikan sujud syukur.... 

Ini kisah lain pula-->SERI PENGANTIN-Ini hari ke -2 di seri pengantin resort, waktu itu trainer kami memang suka membuat lawak . Sukar untukku menahan gelak…TAPI… entah macamana penulis tersedak dan tiba-tiba  menyukarkan penulis untukku bernafas .Puas disedut udara luar…namun apakan daya…udara x dapat ku hirup untuk dibawa masuk ke  salur pernafasan.Sahabat2  seangkatan denganku masih lagi  terhibur dengan gelagat trainer…tapi penulis lain pula kisahnya…hehe..Pada asalnya rasa segan nak keluar kerana menghormati majlis (konon-konon je), TAPI akibat tak boleh langsung nafas dengan baik..takut nanti terpengsan dalam kelas la pulak...jadi penulis,bersegera keluar kelas kerana batuk yang dirasakan sudah teruk jika dibiarkan berlanjutan mau termuntah disitu. Penulis kuatkan diri…keluar secepat mungkin dalam keadaan pucat..Alhamdulillah..setelah sepuas hati batuk diluar, penulis dapat bernafas semula…Syukran ya Rabb…..   


Mungkin ini ujian /peluang hidup yang di beri Allah Taala kepada penulis untuk menginsafi diri dan menjadi yang lebih baik daripada semalam..insyaAllah .ameen(“,) Moga penulis sendiri dapat menjadikannya ikhtibar di masa hadapan...ameen- Jumpe lagi sahabat2....di lain post.... :) wassalam.