Tuesday 21 June 2011

Senyumlah Duhai HaTi.......

Senyum- Gambar Hiasan ;)
Dalam hidup ini, adakala kita tak sunyi dengan perasaan gembira, sedih,kecewa, sepi,lucu,takut, malu dan sebagainya.Setiap hari yang mendatang,sedar atau tak,sengaja atau tak kita telah melalui pelbagai liku-liku hidup yang mencabar.Tapi semua itu adalah warna-warni kehidupan.Tanpa warna hidup kita tak berseri bukan? Hehehe….
Pernah ke kita tengok monyet atas pokok ketawa terbahak2, tersedu-sedu menangis, tiba-tiba monyok di atas dahan???? Pernahkah anda melihatnya? Saya lepaskan jawapan pada anda untuk sendiri menilainya…
Dipetik daripada blog sahabat, ianya berbunyi begini “Janganlah kamu menyuarakan rasa hati, mempertontonkan kesedihan diri seolah-olah memohon simpati...Senyumlah...Tertawalah...
Jalan keluar dari belenggu yang menjerut Qalbumu hingga menangis itu, masih tersedia di sebalik jari-jemarimu yang bermunajat ke hadrat Tuhan yang Hakiki..Berusahalah.. biar sebesar zarah cuma..Sesungguhnya Dia ada bersamamu...Tiadalah Dia berjauhan denganMu walau seinci...’’
Petikan kata azimat ni, menyedarkan kita….Kita lupa….alamak Camner nak Kontrol muka dari pamerkan riak perasaan sedih??? Teringat kat kawan kelas yang suka senyum setiap masa.Terdetik dihati bagus dia ni, mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw ‘senyum’, kerna senyum tu sedekah.
Jadi motif  dan pengajaran daripada post ni, kita jangan la pamerkan kesusahan hati kita, redhalah dan pohonlah petunjuk dariNya.Ingatlah pepatah “Walau sesusah mana kita ada orang yang lagi susah daripada kita. Moga kita sentiasa mendapat keampunan dan Rahmat dariNya.Ameen Ra Rabbal Alamin…….










No comments:

Post a Comment